PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

297 KELUARGA DI HULU LANGAT DAN PETALING TERIMA SUMBANGAN BARANGAN ASAS MAIS -RM29,700 diagihkan bagi keperluan keluarga yang terkesan pandemik COVID-19


SHAH ALAM, 8 JULAI –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyerahkan sumbangan barangan asas bernilai RM29,700 kepada 297 keluarga terkesan pandemik COVID-19 sekitar daerah Hulu Langat dan Petaling semalam.

Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas merangkumi beras, tepung, minyak dan gula dengan menggunakan peruntukan Fidyah MAIS bernilai RM100.

Agihan kali ini melibatkan kerjasama dari enam Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM), terdiri daripada Masjid Raja Alang, Hidayah Centre Foundation, SRA Seksyen 16, SRI Darul Ehsan, SRA USJ 17 dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Kepada para pembayar fidyah yang budiman, MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua.

Individu beragama Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian di http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.