[vc_row][vc_column][vc_column_text]KUALA LANGAT, 10 Julai 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan set makanan asasi sekitar Daerah Kuala Langat melalui peruntukan fidyah MAIS.

198 set makanan asasi ini diedarkan kepada penerima yang terdiri daripada mereka yang terkesan dengan COVID-19 terutama golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan oleh majikan atau hilang punca pendapatan. Jumlah keseluruhan agihan adalah sebanyak RM19,800.00.

Set makanan asasi berjumlah RM100 yang diberikan berupa beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain.

Dalam agihan kali ini, agihan lebih memberi tumpuan kepada penerima yang hilang punca pendapatan dan hilang pekerjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pihak masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAIS kerana prihatin terhadap keperluan masyarakat pada masa kini terutama kepada mereka yang hilang punca pendapatan dalam tempoh PKP ini.” ujar salah seorang wakil penerima hari ini.

Turut hadir dalam edaran fidyah kali ini ialah Ustaz Suhaimi Ismail (Pengarah Pembangunan Sosial) dan Encik Adlan Maaruf Mohd Idris (Eksekutif Riqab Prihatin).

Bantuan agihan fidyah hari ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) iaitu Sekolah Rendah Integrasi Miftahul Hikmah, Masjid Jamiul Ehsani, Masjid Al Fallah, Masjid Al Muttaqin, Masjid Al Ehsan dan Sahabat Hospital.

Untuk umat Islam di Negeri Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara atas talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Negeri Selangor.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5968″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5969″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor