PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

4,350 SET MAKANAN DAN MINUMAN DISALURKAN UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN DI PPV, HTAR DAN IPD


KLANG 14 Julai 2021 – Alhamdulillah selesai penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada petugas Barisan Hadapan di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) dan di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak 4,350 set.

Sumbangan yang diberikan berbentuk set roti dan air mineral yang disalurkan kepada PPV kali ini adalah merupakan Sumbangan Fasa Kedua. Penyampaian sumbangan kali ini melibatkan sebanyak empat PPV iaitu PPV UiTM Shah Alam, PPV Dewan MBSA Sek 19, PPV Tropicana Gardens Mall, PJ dan Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Serdang.

Manakala enam IPD termasuk Klang Utara, Klang Selatan, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan Serdang.

Masing-masing menerima sumbangan antara 100 set hingga 1,000 set makanan dan minuman mengikut kapasiti keperluan petugas di lokasi masing-masing.

Dalam temubual pihak MAIS bersama pihak HTAR, Faiez Imran Azali, Penolong Pegawai Perhubungan Awam HTAR mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang disalurkan kepada petugas di sana.

“Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan ini yang dapat digunakan untuk petugas lebih-lebih lagi semasa pandemik ini, terima kasih kepada pihak MAIS,” ujar beliau semasa mewakili HTAR menerima 1,000 set sumbangan.

Penyaluran sumbangan kali ini adalah dengan kerjasama anak syarikat MAIS iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Turut sama menyampaikan sumbangan adalah Pengurus Besar TERAS, Mohd Hasnul Redza dan Pengurus Operasi Bhgn. Kebajikan & Publisiti, YIDE Md Arifin Jaafar dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS, Noormala Mohd Saad.

Berita MAIS

Comments are disabled.