[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 25 Ogos 2021 – Walaupun berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk meneruskan bantuan agihan fidyah kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, MAIS hari ini telah mengagihkan sumbangan fidyah kepada 417 keluarga yang layak di daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Kuala Langat dengan nilai sumbangan berjumlah RM47,100.

Daripada 471 keluarga itu, adalah penerima bagi daerah Hulu Langat seramai 97 keluarga, 281 daerah Petaling, 28 Daerah Klang dan 65 keluarga bagi daerah Kuala Langat.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya ialah Masjid Ukay Perdana, Surau Nahdatul Islamiah, Madrasah Hidayah, Masjid Kg. Kuantan, dan SAR Kafa Integrasi Darus Salim.

Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100.

Semoga bantuan yang diagihkan dapat meringankan kos perbelanjaan seharian terutama kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6273″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6274″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6275″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6276″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor