PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

495 KELUARGA TERKESAN COVID-19 SEKITAR KLANG, KUALA SELANGOR, SABAK BERNAM DAN PETALING DISANTUNI


27 Ogos 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyalurkan bantuan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

. Terkini, seramai 495 keluarga di bantu sekitar Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Petaling menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM49,500.00.

Daripada 495 keluarga itu, seramai 24 adalah bagi daerah Klang, 9 daerah Kuala Selangor, 172 daerah Sabak Bernam dan 290 daerah Petaling. Bantuan yang mereka terima adalah berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, seramai 16 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam Dan Petaling membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Salah seorang RSAFM menyatakan rasa penuh kesyukuran atas bantuan oleh MAIS yang disalurkan kepada ahli kariah beliau.

“Saya bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MAIS terhadap sumbangan yang diberikan. Harapan saya agar sumbangan seperti ini dapat diteruskan dari masa kesemasa,” ujar Pengerusi Surau Hj Mat Som, Meru Klang, iaitu En. Muhammad bin Marhaban

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala PKP ini.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.