PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

TANGANI MASALAH SOSIAL, MAIS SANTUNI 1,046 GOLONGAN ASNAF RIQAB – Anjur Kempen Bulan Kebebasan Riqab bermula 31 Ogos hingga 30 September 2021


SHAH ALAM, 31 Ogos – Dalam usaha menangani masalah sosial, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni 1,046 golongan asnaf riqab di Negeri Selangor melalui bimbingan dan bantuan kebajikan bagi golongan terbabit.

MAIS memperuntukkan sebanyak RM 16 juta bagi membantu dan membimbing golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan selain pelbagai bantuan lain supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Asnaf riqab merupakan seseorang yang terbelenggu dengan masalah sosial dan masalah aqidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram dan orang Islam yang terpesong agamanya.

Bagi memberi peluang masyarakat mendekati golongan asnaf riqab, MAIS mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Bulan Pembebasan Riqab bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2021.

Perasmian Kempen Bulan Kebebasan Riqab dan Webinar hari ini disempurnakan oleh YAD Tan Sri, Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Webinar Riqab sempena Hari Kemerdekaan di sini hari ini yang disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook MAIS.

Pelbagai program dan aktiviti yang yang dirangka antaranya ialah Webinar Riqab, LIVE Bicara Ar Riqab Bersiri, Ceramah Kesedaran Kesihatan dan Program Bimbingan Asnaf Riqab.

Sebagai pihak berkuasa utama dalam pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab MAIS dalam melaksanakan program-program kesedaran melibatkan masalah sosial dan kesihatan mental menerusi atas talian.

MAIS berharap, penganjuran kempen ini dapat menyediakan ruang dan informasi kepada masyarakat agar mengenali asnaf riqab dengan lebih dekat serta cakna dengan masalah kesihatan juga masalah sosial yang berlaku kini.

Masyarakat yang ingin mendapatkan informasi lanjut berhubung aktiviti kempen ini bolehlah mengikuti perkembangan di platform media sosial Facebook iaitu Majlis Agama Islam Selangor.

Berita MAIS

Comments are disabled.