[vc_row][vc_column][vc_column_text]8 September 2021— Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyalurkan bantuan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan dalam tempoh pendemik Covid 19 ini.

Kali ini, seramai 565 keluarga di sekitar Petaling, Hulu Selangor, Gombak, Sabak Bernam dan Klang menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM56,500.

Daripada 565 keluarga itu, seramai 192 adalah bagi daerah Petaling, 79 daerah Hulu Selangor, 104 daerah Gombak, 105 daerah Sabak Bernam dan 85 daerah Klang. Bantuan yang mereka terima adalah berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, seramai 39 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di sekitar Petaling, Hulu Selangor, Gombak, Sabak Bernam dan Klang membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya di kala PKP ini.

Pihak MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah terutamanya di Negeri Selangor.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6317″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6319″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6318″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6320″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor