PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

516 KELUARGA TERKESAN COVID-19 SEKITAR KLANG DAN KUALA SELANGOR DISANTUNI


KLANG 8 Oktober 2021 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap meneruskan penyaluran bantuan kepada mereka yang terputus pendapatan di sekitar Klang dan Kuala Selangor hari ini.

Seramai 516 keluarga menerima bantuan berjumlah RM51,600. Mereka menerima bantuan berbentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100 untuk setiap penerima dengan menggunakan peruntukkan dana fidyah MAIS.

Bagi melancarkan pengagihan sumbangan, 2 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada SRA Pekan Meru dan Pertubuhan Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam (ICare) membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenalpasti.

Penerima di sekitar Klang seramai 40 keluarga dan Kuala Selangor 476 keluarga.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.