[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 15 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang RM115,000.00 bagi membantu 794 anak-anak yatim sekitar Selangor yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan susulan penguatkuasaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 sebagai usaha MAIS dalam membantu maslahah ummah.

Sumbangan merupakan bantuan bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak yatim yang terjejas mengikut senarai yang disediakan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sumbangan diberikan menerusi peruntukan Baitulmal MAIS kepada YIDE selaku anak syarikat MAIS yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

MAIS berharap bantuan yang disalurkan ini, dapat menyuntik motivasi kepada anak-anak yatim supaya terus cemerlang dan berusaha lebih gigih dalam pelajaran di samping dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di Negeri Selangor.

Penyampaian replika cek sumbangan disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS kepada DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor dalam Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Syarikat Korporat untuk Aktiviti Kebajikan YIDE kepada DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor di sini hari ini.

Hadir sama YBhg. Dato’ Haji Bakhtiar Bin Hussin, Pengerusi YIDE dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor