PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

MAIS AGIH RM44,500 SUMBANGAN KEPADA PENGUSAHA-PENGUSAHA BAS SEKOLAH YANG HILANG PUNCA PENDAPATAN


20 Okt 2021- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengagihkan 445 set makanan asasi kepada 445 pengusaha bas sekolah di bawah Persatuan Bas Sekolah Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM44,500.

Antara makanan asasi yang diagihkan ialah beras, minyak, tepung, gula dan pelbagai lagi dengan nilai RM100 bagi setiap satu set.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh En. Abdul Latiff bin Yaakup Eksekutif Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK kepada En. Hassan Bin Jusoh, disaksikan oleh Puan Siti Zaharullail Bt Mohd Isa Setiausaha PBSSPKL.

Selian itu, pada hari ini turut disampaikan sumbangan fidyah kepada 225 penerima yang terkesan akibat COVID-19 sekitar Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam menjadikan jumlah keseluruhan penerima agihan sumbangan fidyah hari ini sebanyak 670 penerima bernilai RM67,000.

Semoga bantuan yang diagihkan ini dapat meringankan pengusaha-pengusaha bas sekolah dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah layari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Berita MAIS

Comments are disabled.