[vc_row][vc_column][vc_column_text]KLANG, 28 Oktober 2021 – Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof hari ini merasmikan Majlis Perasmian Dan Pecah Tanah Projek Perumahan Wakaf Urus Maju Ehsan (UME) Impian dan UME Idaman Di Lot 2338 Dan Lot 2788 Jalan Limau, Meru, Klang.

Pembangunan perumahan wakaf di atas kedua – dua tanah ini adalah menggunakan kaedah Istibdal. Kaedah ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 5/2017 bertarikh 17 Oktober 2017.

Kedua-dua tanah ini telah diwakafkan kepada MAIS pada 23 Mei 1972 oleh Haji Ali Bin Abdullah dan Haji Abdul Ghani Bin Abdul Salam untuk manfaat Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang. Selaras dengan niat pewakaf, hasil pembangunan di atas tanah wakaf ini akan disalurkan sebahagiannya kepada pihak Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang.

Turut hadir Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS, Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid ALP PWS, Dato’ Bakhtiar bin Hussin ALP UME, Dato’ Mohammad Bin Yacob Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Norzaton Aini Binti Mohd Kasim Pengerusi Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd dan Haji Haznidan Bin Mahmud Pengarah Urusan Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd.

PWS merupakan anak syarikat MAIS yang telah ditubuhkan dengan titah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan telah dizahirkan melalui perintah penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 & (Pindaan) 2012. Hasrat dan tujuan penubuhan PWS ini adalah untuk memperkasakan lagi pengurusan wakaf di Negeri Selangor.

[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6509″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6511″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”6510″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”6512″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor