PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL
Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH GOMBAK


GOMBAK 16 November – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof sukacita mengetuai Program Turun Padang ke daerah Gombak hari ini bagi melihat sendiri keadaaan pengurusan hal ehwal Islam di Daerah Gombak.

Program dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak yang disambut mesra oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Gombak, Ustaz Mohamed Tahir bin Abd. Manap.

Program diteruskan dengan sesi penerangan dan perkembangan hal ehwal Islam di Daerah Gombak. Penerangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Hilmi Bin Saadan, Pegawai Hal Ehwal Islam.

Turut diadakan simbolik penyerahan sumbangan van jenazah daripada Lembaga Zakat Selangor yang jumlah RM200,000.00. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof selaku Pengerusi MAIS.

Antara penerima sumbangan van jenazah ini ialah Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang, Masjid Jamiatus Solahiah, Masjid Al-Sharif Simpang 3 Gombak dan Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.

Program diteruskan dengan lawatan ke pejabat-pejabat di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dan pejabat Baitumal MAIS Daerah Gombak serta seterusnya ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Turut hadir OBD Gombak YAD Tan Sri Dato’ Paduka Raja Dato’ Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh, Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir binMakhtar, Pemangku Penasihat Undang- Undang, Puan Norlaili binti Mohamad, Pengarah Pembangunan Sosial Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Baitulmal Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Ketua Audit Dalam, Encik Zaharudin bin Salim, Ketua Pendaftar JAKESS Tuan Salehan bin Yatim serta Ketua-ketua Unit dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

PTA juga menzahirkan rasa kesyukuran dan terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Berita MAIS

Comments are disabled.