PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

TERIMA KASIH MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG DAN ZAKAT PULAU PINANG – MAIS Terima Sumbangan RM150 Ribu Untuk Mangsa Banjir


SHAH ALAM 25 Disember 2021 – Alhamdulillah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima sumbangan pasca banjir dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) sebanyak RM150 ribu di sini hari ini untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Selangor.

Deligasi MAIPP dan ZPP diketuai oleh YB. Dato. Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Yang Dipertua MAINPP bersama 10 anggotanya yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi ZPP.

Beliau turut menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut kepada Dato’ Hj. Mohd Shahzihan Ahmad, Anggota MAIS merangkap SS Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pastinya rasa terharu, syukur dan terima kasih diungkapkan oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS dalam ucapan ringkas beliau menyambut kunjungan ini.

“Hubungan ukhwah yang erat antara negeri-negeri ini menyuntik semangat untuk membantu walaupun mereka jauh di utara. Hari ini hubungan ini amat dirasai apabila Majlis Agama Islam Negeri segera membantu Selangor yang tidak pernah menerima musibah banjir buruk sebelum ini,”ujarnya.

“Pihak MAIS akan mengagihkan sumbangan ini kepada mereka yang terjejas banjir dengan kerjasama agensi dan anak syarikat MAIS yang terdiri dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Kolej Universiti Islam Antrabangsa (KUIS) dan lain-lain. Juga akan diagihkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang berkaitan, ujar beliau lagi.

Selain itu, pihak MAIS turut berkongsikan perkembangan bantuan banjir yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat bin Abd Rani, Penolong Unit Korporat, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Hadir sama, Hj. Saipolyazan Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pengurusan Tertinggi MAIS bagi menyambut delagasi ini.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS, MAINPP dan ZPP.

Berita MAIS

Comments are disabled.