PENGERUSI MAIS TURUT HADIR KE MAJLIS PERASMIAN MASJID PUTRA HEIGHT

PENGERUSI MAIS TURUT HADIR KE MAJLIS PERASMIAN MASJID PUTRA HEIGHT

305395032 472304674814737 83155677

SUBANG JAYA, 22 September 2022 – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS turut menghadiri Majlis Perasmian Masjid Putra Height, Subang Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan yang diadakan pada 22 September.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan merasmikan masjid ini dengan nama Masjid Putra Height. Masjid Putra Height.

Masjid ini siap sepenuhnya pada 17 April 2022. Masjid ini juga mampu menampung sejumlah 5000 jemaah pada satu-satu masa dan mampu memenuhi keperluan penduduk setempat. Berdasarkan kapasiti tersebut, Masjid Putra Height adalah antara masjid terbersar di Daerah Petaling. Masjid ini turut dibina bersama-sama dewan serbaguna yang boleh berfungsi dalam pelbagai acara dan keadaan seperti menjadi Pusat Penempatan Sementara (PPV) mangsa banjir yang melanda Negeri Selangor pada akhir 2021 lalu.

Turut hadir Y.D.H Orang Kaya Maha Bijaya, Dato’ Haji Emran Bin Kadir, Orang Besar Daerah Petaling.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor