PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

AGIHAN FIDYAH MAIS RM61,320.00 DIAGIH KEPADA 511 PENERIMA YANG LAYAK – Daerah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Selangor terima bantuan MAIS


27 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM61,320.00 kepada golongan penerima yang memerlukan.

Terdapat 13 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Petaling, Klang, Gombak dan Kuala Selangor dengan jumlah 511 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM61,320.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.

Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan Kapar, Masjid Al-Ihsan Kpg. Tok Muda, SMK Sg. Kapar Indah, Persatuan Kasih Wanita Islam Selangor (PEKASIH) Ampang, Surau Al-Munawwarah Golden Villa Klang dan lain-lain lokasi.

Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.