INTEGRITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
INTEGRITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Kebelakangan ini gempar di Malaysia kes-kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku di kalangan segelintir kepimpinan negara.
Isu rasuah, pecah amanah, khianat, culas, tidak bertanggungjawab, tidak tepati waktu dan lain-lain lagi seolah-olah telah dinormalisasikan oleh rakyat Malaysia.
Perkara ini menjadi kebiasaan dari peringkat pucuk kepimpinan negara sehinggalah kepada golongan muda yang bakal menjadi masa depan negara.
Sekiranya perkara ini terus dinormalisasikan di dalam masyarakat, maka ianya akan meruntuhkan seluruh struktur kepercayaan dan kesetiaan terhadap negara, dan ini mengganggu gugat prinsip rukun negara yang dipegang selama ini.
Integriti jika dibincangkan secara umum, ianya merujuk kepada “kejujuran”, “ketulusan”, “keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan” dan bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Secara etimologi, kalimah yang berasal daripada perkataan Inggeris “integriti” yang diserap ke dalam bahasa Melayu ini berasal daripada kalimah Latin “integer” yang membawa maksud “penuh” (whole) “utuh” (intact).
Daripada “integer” ia berubah kepada “integritatem” (Latin) dan kemudiannya “integrité (French Lama) dan diserap ke dalam bahasa Inggeris sekitar 1400an sebagai “integrity” kata nama yang membawa maksud “tidak bersalah” (innocence), suci bersih (chastity and purity).
Integriti menurut Islam merujuk kepada salah satu dari cabang-cabang takwa. Perbincangan integriti dalam Islam kerap kali dikaitkan dengan konteks amanah dan itqan (bersungguh-sungguh).
Allah SWT meletakkan terdapat dua ciri-ciri orang beriman dalam surah al-Mukminun ayat 8: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
Disamping itu, Rasulullah SAW juga sangat menekankan sifat amanah dan itqan dalam bekerja, mafhumnya:
Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan itqan (bersungguh-sungguh),
(Hadis riwayat al-Tabarani).
Sifat amanah dan bersungguh-sungguh dalam berkerja ini turut berkait-rapat dengan prestasi dan kecemerlangan tadbir-urus sesebuah organisasi.
Apabila nilai-nilai ini diterapkan dan ditanamkan dalam jiwa para pekerja, sudah tentu sesebuah organisasi itu mampu untuk menghasilkan perkhidmatan yang efisyen dan produk yang berkualiti, serta mengoptimumkan daya saing mereka dalam apa jua industri.
Sebaliknya, sifat-sifat negatif seperti khianat, tidak amanah, memberi atau menerima rasuah, suka membuang masa, mencuri tulang dan seumpamanya pula akan memberi kesan dan menjejaskan kredibiliti sesebuah organisasi.
Ini kerana apabila sesebuah organisasi yang dipalit dengan masalah intergriti seperti ini, sudah tentu tidak mendapat kepercayaan dan hormat daripada masyarakat.
Sifat-sifat ini dicirikan Rasulullah SAW sebagai sifat golongan munafiq, dimana Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati,
(Riwayat al-Bukhari).
Menurut Ibn Khaldun dalam bukunya “Muqaddimah“, salah satu punca kejatuhan tamadun adalah kemerosotan nilai integriti dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, pelbagai cabaran integriti yang berlaku di dalam negara, antaranya:
- Rasuah
- Birokrasi
- Tekanan dan tanggungjawab yang besar
- Tidak tekun dan sambil lewa
- Berita atau maklumat palsu
- Gangguan seksual
- Pengurusan masa
Sumber imej: Harian Metro Solat merupakan satu ibadah yang diperintahkan...
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :...
Dalam era digital hari ini, media sosial telah menjadi sebahagian...
Saban tahun menjelang tanggal 14hb Februari merupakan hari yang dinanti-nantikan...
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri dengan rakyatnya...