PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

HARI INI 621 KELUARGA SEKITAR DAERAH SEPANG, HULU LANGAT & KUALA LANGAT DIBANTU


Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi penerima yang layak hari ini, 21 Februari 2023 berjumlah RM91,908.00 kepada 621 keluarga penerima.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi bernilai RM148 seorang termasuk beras, tepung, minyak, gula, sardin, serbuk minuman coklat, kari ayam siap di masak, biskut dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS.

Agihan melibatkan kerjasama 15 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya daripada Surau Al-Iman Tmn Dengkel, Maahad Tahfiz At-Tayyibah Dengkel, Masjid Jameatus Solehah Dengkel, Masjid Al-Ehsan Kpg. Sg. Serai, Surau Madrasatul Sofwa, Masjid Jamiul Mikhsinin Kpg. Kundang Tanjung Sepat dan lain-lain.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua.

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

Berita MAIS

Comments are disabled.