MAIS TERIMA SERAHAN PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL

MAIS TERIMA SERAHAN PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL

332353131 2716108378532072 7250346246871305133 n min

SHAH ALAM 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan daripada as-Salihin Trustee Berhad (AST) untuk menyerahkan hak pusaka bahagian Baitulmal daripada seorang si mati yang meninggal dunia hanya meninggalkan adik beradik perempuan sahaja tanpa waris asobah. Bahagian Baitulmal yang diserahkan adalah berupa harta alih dan 2 bahagian harta tak alih.

Kunjungan daripada AST diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif AST.

Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS mengalu-ngalukan kehadiran pihak AST dan menyeru kepada syarikat-syarikat amanah lain dan mana-mana pihak yang mentadbir harta pusaka mana-mana si mati yang di dalammya terdapat kepentingan Baitulmal hendaklah menyerahkan bahagian tersebut kepada Baitulmal seperti yang telah dilakukan oleh pihak AST. Untuk rekod, Baitulmal telah menerima sebanyak 4 kali daripada AST.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah, Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS, Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS dan Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran, MAIS.

Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan AST.

Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:

https://siswa.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor