PAUTAN
PANTAS

AGENSI KERAJAAN & NEGERI

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

POPULAR

PAUTAN POPULAR

MEDIA SOSIAL

MAIS MEDIA SOSIAL

Waktu Solat
Kajian Kepuasan Pelanggan MAIS

BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H


SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) & Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini mengadakan Majlis Iftar sempena Nuzul Quran 1444 Hijrah.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Anggota MAIS.

Dalam ucapannya, Tan Sri mengucapkan penghargaaan terima kasih kepada agensi yang telah terlibat secara langsung dalam menyediakan perkhidmatan dalam merawat dan memulihkan klien di Baitul Islah ini.

“Terima kasih kepada AADK, serta agensi-agensi Negeri yang telah bersama Baitul Islah MAIS & AADK untuk memberikan perkhidmatan dalam merawat dan memberikan khidmat pemulihan kepada klien.” Ujarnya.

Turut hadir ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi); Tuan Nazir Mohamad, Pengarah AADK Selangor; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial dan Tuan Zolkifli Mohd Dom, Pengarah PUSPEN Serendah.

Berita MAIS

Comments are disabled.