[vc_row][vc_column][vc_column_text]HULU LANGAT 22 Jun – Seramai 253 penerima sekitar Hulu Langat dan Klang yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berjumlah RM25,300.00 hari ini, 22 Jun.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk makanan asasi termasuk beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya menggunakan peruntukkan Fidyah MAIS.

Di antara mereka yang menerima sumbangan ialah kakitangan sekolah yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang terdiri daripada pengusaha dan pekerja kantin, pekerja pembersihan, tukang kebun, pengawal keselamatan serta ahli kariah yang terkesan.

Agihan melibatkan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) daripada Masjid, Surau Sekolah Agama Fardu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Pondok Moden.

MAIS mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembayar fidyah yang budiman. Bayaran fidyah anda telah kami salurkan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM).

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua

Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS.

Sila klik pautan ini http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5833″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”5834″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor