๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ (๐ ๐๐๐ฆ) ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ ๐ฏ๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ (๐ ๐๐๐ฆ) ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ ๐ฏ๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
YBhg. Datoโ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 3 Oktober 2025 di Bilik Mesyuarat Perdana, Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
ย
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opis, Sahibus Samah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor; YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor; dan YBrs. Tuan Mohd Khaidzir bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS).
ย
Turut hadir adalah pegawai kanan JAN, YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan I dan YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd. Aziz@Juned, Pengarah Audit Negeri Selangor.
ย
Seterusnya, YBhg Datoโ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor sebaik berakhir mesyuarat.
ย
Kredit: Jabatan Audit Negara
ย
ย
ย
ย
ย
ย
ย
ย
ย














