AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (“Polisi”) ini menjelaskan dasar MAIS berhubung dengan penggunaan dan perlindungan Data Peribadi pelanggan MAIS. Bagi maksud Polisi ini, “pelanggan MAIS” termasuk pelanggan perkhidmatan atau produk MAIS, pembekal, penyewa premis MAIS atau mana-mana orang lain yang menjalankan urusan dengan MAIS.

  • “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor pengenalan diri, bangsa, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, tarikh lahir, status perkahwinan, butiran kad kredit/ kad debit, butir-butir pembayaran atau apa-apa maklumat lain yang telah diberikan oleh pelanggan MAIS bagi keperluan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS atau yang mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh MAIS bagi tujuan operasi MAIS dari semasa ke semasa.

  • Selain daripada Data Peribadi yang diberikan oleh pelanggan MAIS secara langsung, MAIS juga mungkin akan menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) dan langkah-langkah keselamatan yang lain di mana-mana tempat operasi MAIS yang boleh menangkap atau merakam imej pelanggan MAIS atau mendapatkan Data Peribadi pelanggan MAIS. MAIS juga boleh menggunakan apa-apa teknologi lain untuk merakam audio, visual atau video dalam menjalankan apa-apa perkhidmatan MAIS dan operasi MAIS yang menyebabkan pemerolehan Data Peribadi pelanggan MAIS.

Dengan memberikan Data Peribadi kepada MAIS atau dengan meneruskan perkhidmatan atau urusan dengan MAIS, pelanggan MAIS bersetuju agar Data Peribadi pelanggan MAIS dikumpul dan diproses oleh pihak MAIS atau bagi pihak MAIS bagi tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini.

Bagi maksud Polisi ini, pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi pelanggan MAIS digunakan untuk tujuan berikut:

  • Melaksanakan obligasi MAIS berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa;
  • Penulisan dan pentadbiran wasiat, hibah atau pusaka orang Islam;
  • Pengurusan sewaan premis;
  • Pelantikan pekhidmat MAIS, pembekal, ejen, perunding, kontraktor atau orang lain yang diperlukan bagi melaksanakan perkhidmatan MAIS atau bagi pihak MAIS;
  • Pengurusan pengawalan dan peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan;
  • Penyenggaraan rekod bagi tujuan keselamatan, tuntutan perundangan dan pematuhan kepada peraturan dalaman MAIS;
  • Menjalankan penyelidikan dan analisis statistik berkaitan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh MAIS atau obligasi MAIS menurut undang-undang;
  • Penyediaan latihan kepada pegawai MAIS atau mana-mana orang yang dilantik oleh MAIS untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak MAIS; dan
  • Aktiviti lain yang dilaksanakan oleh MAIS dalam menjalankan kewajipan dan kuasanya menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
  1. MAIS juga mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi pelanggan MAIS untuk tujuan lain seperti memaklumkan apa-apa maklumat tentang perkhidmatan, promosi dan aktiviti MAIS yang mungkin menarik minat pelanggan MAIS melalui pos, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau mana-mana rangkaian sosial.

  2. Jika pelanggan MAIS tidak memberi persetujuan kepada MAIS untuk memproses Data Peribadi untuk tujuan yang disenaraikan dalam subperenggan 4.1, pelanggan MAIS hendaklah memaklumkan kepada MAIS melalui kaedah yang dinyatakan dalam perenggan 6 Polisi ini.

Data Peribadi pelanggan MAIS mungkin dipindah, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan menyempurnakan transaksi yang dibuat atau perkhidmatan yang disediakan. MAIS mungkin melantik syarikat, pembekal perkhidmatan, rakan strategi atau individu lain untuk melaksanakan apa-apa perkhidmatan bagi pihak MAIS atau melaksanakan kuasa dan kewajipan MAIS, dan sebagai akibat daripada pelantikan itu, MAIS mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi pelanggan MAIS kepada pihak ketiga tersebut.

Dalam melaksanakan kewajipan MAIS menurut undang-undang, MAIS juga mungkin dikehendaki mendedahkan Data Peribadi pelanggan MAIS kepada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, agensi penguatkuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan, pihak kawal selia atau pihak pengurusan agensi pelaporan kredit.

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, pelanggan MAIS boleh meminta akses kepada Data Peribadi yang disimpan atau meminta pembetulan Data Peribadi atau meminta untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi bagi tujuan di perenggan 4.1 Polisi ini dengan menghubungi MAIS seperti berikut:

E-mel:  pro@mais.gov.my

  1. MAIS bertanggungjawab untuk mengambil langkah berhemah bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi pelanggan MAIS termasuk prosedur dan keperluan teknikal sewajarnya untuk melindungi Data Peribadi daripada pemusnahan tidak disengajakan, kehilangan, pindaan atau penzahiran tidak disengajakan. Langkah ini termasuk menandatangani apa-apa kontrak dengan syarikat atau pembekal yang memproses Data Peribadi untuk memastikan keselamatan Data Peribadi yang diproses selaras dengan arahan dan polisi MAIS.

  2. MAIS mempunyai prosedur keselamatan yang munasabah bagi melindungi Data Peribadi pelanggan MAIS daripada apa-apa kehilangan, salah guna, pengubahsuaian, atau pemusnahan tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, di sebalik langkah-langkah terbaik yang dilaksanakan oleh MAIS, keselamatan Data Peribadi tersebut tidak boleh dijamin secara mutlak bahawa ia terlindung daripada semua ancaman. Setakat keupayaan terbaik MAIS, akses kepada Data Peribadi adalah terhad kepada pihak yang perlu untuk mengetahuinya. Mana-mana pihak yang mempunyai akses kepada Data Peribadi itu adalah dikehendaki untuk menyimpan kerahsiaan mengenai maklumat yang diperoleh.

Laman web MAIS mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. MAIS tidak akan bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan Data Peribadi pelanggan MAIS oleh pihak ketiga tersebut. Jika pelanggan MAIS memberikan Data Peribadi secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar perlindungan maklumat dan syarat-syarat perkhidmatan di laman web tersebut akan diguna pakai dan MAIS tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar perlindungan maklumat laman-laman web tersebut.

MAIS akan menyimpan Data Peribadi pelanggan MAIS selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan Data Peribadi itu dikumpulkan atau diproses atau untuk memenuhi kehendak dan kepatuhan kepada undang-undang yang berkuat kuasa atau peraturan dalaman MAIS.

MAIS berhak untuk mengemas kini Polisi ini dari semasa ke semasa. Apa-apa perubahan ketara terhadap Polisi ini akan dimaklumkan melalui laman web MAIS atau apa-apa kaedah yang sesuai dalam tempoh masa yang difikirkan sesuai oleh MAIS. Pelanggan MAIS juga dinasihatkan untuk sentiasa melawati laman web MAIS untuk mendapatkan maklumat tentang apa-apa perubahan atau makumat berhubung dengan perlindungan Data Peribadi pelanggan MAIS dari semasa ke semasa.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor