45 PESERTA SERTAI PROGRAM SARIPATI IMAN – HAYATI PERJUANGAN RASULULLAH
45 PESERTA SERTAI PROGRAM SARIPATI IMAN – HAYATI PERJUANGAN RASULULLAH
SERENDAH, 8 September 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK telah menganjurkan Program Saripati Iman Sempena Maulidur Rasul 1447H / 2025M.
Â
Seramai 45 orang peserta termasuk pegawai MAIS dan klien Pusat Pemulihan Baitul Islah telah menyertai program ini. Pengisian rohani melalui ceramah, tazkirah dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Luqman bin Makhtar berkenaan tajuk Menghayati perjuangan Rasulullah SAW melalui kronologi sirah, Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, dan Membentuk akhlak berdasarkan contoh kehidupan Baginda.
Â
Semoga program ini dapat memberikan kesedaran berterusan kepada para peserta, sekali gus melahirkan insan yang lebih dekat dengan Allah SWT dan mengamalkan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan harian.
Â










