MAIS ADAKAN BENGKEL SEMAKAN ARTIKEL DAN SIDANG EDITORIAL JURNAL ISTIFADAH

MAIS ADAKAN BENGKEL SEMAKAN ARTIKEL DAN SIDANG EDITORIAL JURNAL ISTIFADAH

506842783 1095981359113729 152075534078048315 n
SHAH ALAM, 12 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Penyelidikan telah mengadakan Bengkel Semakan Artikel dan Sidang Editorial Jurnal Istifadah Volume 3, Bilangan 1/2025.
 
Bengkel yang diadakan bertujuan menyemak dan memurnikan artikel-artikel penyelidikan yang terpilih, hasil daripada penyelidik lantikan MAIS yang telah menerima geran penyelidikan serta pegawai MAIS yang sedang menyambung pengajian tinggi dengan tajaan MAIS.
 
Bengkel ini telah disertai oleh seramai 10 orang peserta, termasuk lapan orang ahli Sidang Editorial yang diketuai oleh Ketua Editor, YBrs. Prof. Madya Dr. Suhaili Sarif. Barisan Sidang Editorial turut terdiri daripada Prof. Madya TPr. Dr. Lukman Hakim Mahamod; Prof. Ts. Ir. Dr. Mardeni Bin Roslee; Dr. Siti Arpah Noordin; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad dan Encik Mohd Hafiz Abdul Salam.
 
Turut hadir ialah Encik Zaharuddin Salim, Pengarah Strategik Korporat MAIS, yang telah memberikan pandangan serta galakan terhadap pelaksanaan bengkel ini.
 
Penganjuran bengkel ini merupakan salah satu usaha berterusan MAIS dalam memastikan penerbitan Jurnal Istifadah sentiasa mengekalkan kualiti dan integriti ilmiah, di samping menyebarluaskan manfaat daripada hasil penyelidikan yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search