KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR
KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR
SHAH ALAM, 25 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin mengadakan kunjungan hormat ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.
Kehadiran YAD Senator Dato’ Setia disambut mesra oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Kunjungan hormat ini adalah perbincangan untuk pemantapan hal ehwal Islam di Selangor.
Selain itu, turut diadakan perbincangan membabitkan peruntukan kewangan bagi tahun 2026 dan tahun-tahun yang mendatang.
Pengerusi MAIS juga berkongsi perkembangan aktiviti MAIS antaranya ialah program turun padang ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), sekolah agama dan masjid terpilih.
Hasil pertemuan Pengerusi MAIS dilihat positif dan Dato’ Menteri Besar Selangor juga komited untuk membantu MAIS dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor.
Semoga pertemuan ini akan terus meningkatkan sinergi serta hubungan erat antara MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.









