MAIS TERIMA LAWATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR

MAIS TERIMA LAWATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR

516856562 18499082365064155 5330473246541391836 n 1
SHAH ALAM, 9 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor bertujuan untuk mengadakan perbincangan bagi permohonan pembinaan masjid, van jenazah dan van pelajar orang kurang upaya (OKU).
 
Delegasi seramai tujuh orang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor disambut mesra oleh Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS.
 
Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan membincangkan peluang-peluang kerjasama baharu di masa akan datang termasuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada di antara MAIS dan UiTM.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS; Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan wakil pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search