MAJLIS PERPISAHAN SETIAUSAHA BERSAMA WARGA KERJA MAIS

MAJLIS PERPISAHAN SETIAUSAHA BERSAMA WARGA KERJA MAIS

518873973 18500079406064155 5408613082729424842 n
SHAH ALAM, 15 Julai – Majlis Jasamu Dikenang Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar yang menamatkan perkhidmatannya hari ini disambut dengan kehadiran pengurusan tertinggi dan warga kerja MAIS.
 
Majlis yang diadakan merupakan majlis penghargaan bagi meraikan jasa dan khidmat bakti Setiausaha MAIS yang telah berkhidmat bagi tempoh lantikan sesi 2019-2025.
Dalam ucapan YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS antaranya menyatakan pelbagai kejayaan dicapai sepanjang perkhidmatan Dr Haji Ahmad Shahir sebagai Setiausaha MAIS dan beliau juga amat disenangi oleh warga MAIS.
 
“Jasa dan pengorbanan Dr Haji Ahmad Shahir sepanjang perkhidmatan ini akan terus dikenang, bukan sahaja oleh kami di MAIS, tetapi pastinya oleh seluruh umat Islam di negeri Selangor.
 
Semoga Dr Haji Ahmad Shahir terus dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati usianya dan diberikan kejayaan dalam segala urusan, dan diberkati oleh Allah SWT,” ujar beliau.
 
Dr Haji Ahmad Shahir telah dilantik sebagai Setiausaha MAIS pada 16 Julai 2019 dan menamatkan perkhidmatan hari ini 16 Julai 2025.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS; Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian dan semua warga kerja MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search