KARNIVAL SUKAN PUSAT (KASUP) 2025

KARNIVAL SUKAN PUSAT (KASUP) 2025

532212273 18505269727064155 5824540146246253078 n 1
SABAK BERNAM, 14 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menganjurkan Karnival Sukan Pusat (KASUP) 2025.
 
Karnival Sukan Pusat (KASUP) ini melibatkan tiga rumah pemulihan iaitu Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Raudhatus Sakinah dan Rumah Puteri Arafiah.
 
Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu bola tampar, ping pong dan karom dengan penyertaan lebih 50 pelatih. Johan keseluruhan dimenangi oleh Raudhatus Sakinah; Naib Johan, Rumah Puteri Arafiah dan tempat ketiga Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
 
Majlis penutup disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohammad Khair bin Zainal, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam.
 
KASUP 2025 ini bertujuan meningkatkan moral pelatih sepanjang tempoh pemulihan, di samping merapatkan silaturrahim antara rumah pemulihan yang diurus dan diselia di bawah MAIS. Selain itu, ia menjadi pemangkin pembangunan modal insan yang cemerlang, selaras dengan aspirasi MAIS untuk melaksanakan program syiar Islam berimpak tinggi yang wajar dicontohi organisasi Islam lain.
 
Turut hadir ialah Tuan Muhammad Hilmie bin Asnan, Ketua Polis Balai Sabak Bernam; Puan Nazatushima binti Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan; Puan Siti Noorasmah binti Hamzah, Pengurus Rumah Puteri Arafiah; Puan Nur Baidura binti Baharudin, Pengurus Raudhatus Sakinah serta beberapa wakil agensi kerajaan.
 
MAIS berharap program ini memberi impak positif kepada perkembangan peribadi, sosial dan emosi pelatih, di samping membina keyakinan diri serta menyumbang kepada proses pemulihan dan integrasi sosial yang lebih berkesan.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search