SETIAUSAHA MAIS MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR FALAK BUMI SFERA ATAU BUMI RATA

SETIAUSAHA MAIS MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN SEMINAR FALAK BUMI SFERA ATAU BUMI RATA

518369974 1146101330768398 6682374608424637639 n 1
SHAH ALAM, 16 Ogos – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Falak Bumi Sfera atau Bumi Rata : Perspektif Sains Falak di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.
 
Seminar ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan ilmu falak dan astronomi. Penganjuran seminar ini diadakan dengan kerjasama di antara MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor di bawah Kluster Pendidikan.
 
Dalam ucapan perasmian, Setiausaha MAIS berkata, seminar ini adalah untuk memberi penerangan yang jelas berhubung ilmu falak dan astronomi.
 
“Seminar yang kita sertai ini bukan sekadar perbincangan ilmiah biasa. Ia adalah agenda pencerahan minda dan pembetulan kefahaman terhadap ilmu falak.” Ujarnya.
 
Seminar pada kali ini diadakan melibatkan kehadiran seramai 400 orang yang terdiri dari kakitangan kerajaan, guru-guru Pendidikan Islam dan Sains, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan orang awam yang berminat dengan ilmu falak.
 
PIBK yang terlibat dalam penganjuran Seminar ini adalah PIBK yang berdaftar dengan MAIS di bawah Kluster Pendidikan. Antaranya Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM) dan Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL).
 
Turut hadir dalam Seminar ini adalah YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Zambri Zainuddin, Yang Dipertua Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor dan Ustaz Anas Ayob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search