MAULIDUR RASUL : BUKAN SEKADAR SAMBUTAN TETAPI PENGHAYATAN

Setiap kali tibanya bulan Rabi‘ul Awwal, kebanyakan umat Islam di seluruh dunia, menyambut Maulidur Rasul iaitu Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

IF8A2025
Sumber imej: https://www.padat.gov.my/

Ayat ini jelas menegaskan bahawa tanda cinta sebenar kepada Rasulullah SAW ialah mengikuti sunnah Baginda SAW dalam kehidupan seharian.

Mencintai Nabi Muhammad SAW bukan hanya dengan kata-kata atau selawat di bibir semata bahkan, ia menuntut kita meneladani akhlak Baginda, mencontohi ibadah Baginda SAW dan menegakkan syariat yang dibawanya. Allah SWT memuji Baginda SAW:

“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (al-Qalam: 4)

Cinta kepada Rasulullah SAW mesti diterjemahkan dengan:

1. Mempelajari sirah Baginda SAW – agar kita kenal perit jerih erti perjuangan, faham erti pengorbanan dan menteladan hidupnya.

2. Menghayati sunnah Baginda SAW – dalam tauhid, ibadah, akhlak, muamalah, bahkan cara kita bekerja dan berkeluarga.

3. Menghidupkan majlis ilmu – kerana dari situlah kita kenal hadis Baginda SAW, Syama’il (keindahan peribadi Nabi) dan panduan hidup Baginda SAW untuk umatnya.

Screenshot 2025 09 29 at 10.35.25
Sumber imej: https://assets.hmetro.com.my/

Nasihat Ulama Tentang Mencintai Rasulullah SAW:

1. Imam Syafie pernah berpesan:

“Cinta kepada Rasulullah SAW adalah sebahagian daripada agama. Barangsiapa yang tidak memiliki cinta kepadanya, maka tiada agama padanya.”

2. Imam Ghazali pula menegaskan dalam Ihya’ Ulumuddin:

“Tanda cinta kepada Nabi SAW ialah dengan mencontohi akhlaknya, menegakkan sunnahnya, membela agamanya, dan memperbanyakkan selawat ke atasnya.”

3. Imam Nawawi, penulis Riyadhus Salihin, mengingatkan:

“Kewajipan bagi setiap Muslim adalah memuliakan Rasulullah SAW, mengagungkannya, dan menjadikan Baginda SAW sebagai qudwah hasanah (contoh terbaik) dalam setiap urusan hidup.”

Nasihat para imam ini membawa satu mesej jelas kepada kita semua, cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar emosi, tetapi mesti dibuktikan dengan amal perbuatan.

Antara Kemeriahan dan Penghayatan

Sambutan Maulidur Rasul memang indah, tetapi jangan sampai ianya hanya menjadi acara tahunan, tanpa memberi kesan kepada jiwa. Jika benar kita mencintai Rasulullah SAW, mari kita tanyakan pada diri:

• Adakah kita menjaga solat seperti Baginda SAW menjaga solat?

• Adakah kita menjaga lidah daripada menyakiti orang lain sebagaimana Baginda SAW sentiasa berkata benar dan baik?

• Adakah kita berlaku adil dan menunaikan amanah, sebagaimana Baginda SAW digelar al-Amin sebelum dilantik menjadi Rasul?

Menghidupkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian, itulah penghayatan sebenar.

Rasulullah SAW pernah berpesan:

“Maka sesiapa antara kamu yang hidup selepasku akan melihat banyak perselisihan. Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rashidin yang diberi petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi geraham.”

[HR : Tirmizi]

DSC E9370 1
Sumber imej: https://www.motac.gov.my/

Hadis ini mengingatkan kita bahawa sunnah Baginda SAW adalah penyelamat ketika dunia dilanda fitnah dan kekeliruan. Bila hidup kita berlandaskan sunnah, hati akan tenang, keluarga diberkati, dan masyarakat hidup dalam rahmat Allah SWT.

Kesimpulan

Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan atau selawat beramairamai, tetapi peluang untuk memperbaharui janji cinta kita kepada Baginda SAW. Cinta itu mesti diterjemahkan dengan amal, akhlak, dan istiqamah mengikuti ajaran Baginda SAW.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Ali Imran: 31)

Maka, mari kita hidupkan cinta ini dengan penghayatan sebenar. Jadikan Rasulullah SAW bukan sekadar ikon sejarah, tetapi panduan hidup sepanjang zaman.

Kita noktah cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW dengan;

• Mencintai Rasulullah SAW dengan ilmu, akhlak dan amal.

• Menghidupkan sunnah Baginda SAW dalam diri, ahli keluarga dan masyarakat.

• Ingatlah, mencintai Rasulullah SAW adalah jalan menuju cinta Allah SWT.

Screenshot 2025 09 29 at 10.57.03
Sumber imej: https://www.pmo.gov.my/

Suntingan dari Khutbah Jumaat 05 September 2025 , 12 Rabi’ul Awwal 1447H

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search