MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN PROFESOR ADJUNG UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)

MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN PROFESOR ADJUNG UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)

561917520 1191062172938980 8561452122717990647 n 1
9 Oktober 2025 – YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin merangkap Pro Canselor I Universiti Islam Selangor (UIS) telah menyampaikan surat lantikan Profesor Adjung UIS kepada YAD Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh dan YBhg. Tan Sri Rozali bin Ismail hari ini.
 
Penyerahan surat lantikan tersebut dibuat di Pejabat Pengerusi MAIS dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor UIS dan YBrs. Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) serta beberapa kakitangan akademik UIS yang lain.
 
Semoga dengan pelantikan Profesor Adjung yang baru ini sedikit sebanyak dapat melonjak serta memacu UIS ke arah universiti yang terulung dan berdaya saing.
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search