MAIS SALUR BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA RIBUT SIJANGKANG – SEKOLAH DAN PUSAT PERPINDAHAN SEMENTARA
MAIS SALUR BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA RIBUT SIJANGKANG – SEKOLAH DAN PUSAT PERPINDAHAN SEMENTARA
SIJANGKANG, 16 Oktober – Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah mengadakan lawatan tapak untuk melihat situasi terkini di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kg Medan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Medan akibat ribut yang berlaku pada 15 Oktober.
Â
Semasa lawatan di SRA Kg Medan, kawasan yang terjejas ialah di surau sekolah, ruang belajar dan kawasan parking basikal pelajar sekolah berkenaan.
Â
Kemudian lawatan tapak diteruskan ke SK Kg Medan. Kawasan yang terjejas ialah tempat perhimpunan berbumbung dan beberapa kelas yang hampir musnah akibat ribut.
Â
Pihak MAIS menyalurkan bantuan segera berjumlah RM5,000 di setiap sekolah berkenaan. Sumbangan bantuan telah diserahkan oleh Setiausaha MAIS kepada guru besar sekolah masing-masing.
Â
Lawatan diteruskan ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS), Dewan Harmoni, Kg Sijangkang yang menempatkan 8 buah keluarga sehingga hari ini.
Setiap keluarga telah diberikan sumbangan berjumlah RM 500 setiap keluarga.
Â
Manakala bantuan seterusnya kepada mangsa turut disalurkan oleh agensi MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengikut kelayakkan.
Â
Turut hadir bersama lawatan ini ialah Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal; Ustaz Hairul Anuar Samingan, Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat; Tn. Md Yusmizan Bin Yusuf
Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf dan Puan Siti Aishah Abu Bakar, Ketua Divisyen Korporat, LZS.
Â














