MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGERUSI PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS)

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGERUSI PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS)

611361934 1260717549306775 4017322984635077994 n
SHAH ALAM, 5 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan Majlis Perpisahan Mantan Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Dato’ Haji Ibrahim Haji Md. Yusof yang telah menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2025.
 
Majlis yang diadakan merupakan majlis penghargaan bagi meraikan jasa dan khidmat bakti Mantan Pengerusi PWS yang telah berkhidmat bagi tempoh lantikan sesi 2023-2025.
 
Dalam ucapan YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS berkata, beliau mengucapkan selamat maju jaya dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Haji Ibrahim sepanjang perkhidmatan di PWS.
 
“Semoga Dato’ Haji Ibrahim terus dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati usianya dan diberikan kejayaan dalam segala urusan dan diberkati oleh Allah SWT,”katanya.
 
Turut hadir ialah Dato’ Setia Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Tan Sri Dato’ Seri Haji Syed Zainal Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS; Ustaz Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS.
 
Dato’ Haji Ibrahim memulakan perkhidmatan di PWS sebagai Timbalan Pengerusi PWS dari tahun 2011 sehingga tahun 2023 dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi PWS dari tahun 2023 sehingga 2025.
 
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search