PENGERUSI MAIS HADIRI MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI) KALI KE-74

PENGERUSI MAIS HADIRI MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI) KALI KE-74

616440156 18532811167064155 4291742762077676860 n 1
KUALA LUMPUR, 13 Januari – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang berlangsung hari ini.
 
Mesyuarat MKI tersebut dipengerusikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
 
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, Dasar Dakwah Negara serta status Persijilan Halal Malaysia.
 
Dalam titah baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menegaskan bahawa institusi Islam tidak terkecuali daripada menerima persepsi negatif sekiranya berlaku kelemahan dalam pengurusan atau ketiadaan integriti dalam kalangan individu yang diamanahkan untuk memimpin dan mengurus institusi tersebut.
 
Sehubungan itu, baginda menitahkan agar mereka yang dipilih untuk memimpin institusi Islam hendaklah memiliki integriti yang tidak boleh diragukan, di samping berfikiran proaktif dalam mencetuskan idea-idea inovatif serta membenarkan pelaksanaan gerak kerja yang lebih dinamik.
 
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi MKI; YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YAD Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh, Anggota MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search