PENGERUSI MAIS ZAHIR UCAPAN TERIMA KASIH SOKONGAN NGOi MENOLAK LGBTQ

PENGERUSI MAIS ZAHIR UCAPAN TERIMA KASIH SOKONGAN NGOi MENOLAK LGBTQ

615704781 1268952831816580 5104678372262618907 n 1
Shah Alam, 16 Jan–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato Setia Salehuddin Saidin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang telah menghantar sokongan terhadap MAIS atas tindakan teguh berkaitan menolak aktiviti dan program LGBTQ.
 
Beliau berbesar hati menerima kunjungan Tuan Syed Hasan Syed Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa wakil NGOi selepas majlis serahan memorandum diadakan.
 
Sebelum itu, sekitar 50 orang mewakili pelbagai NGOi menghantar memorandum kepada MAIS dan diterima oleh Setiausaha MAIS, Tn Hj. Mohd Sabirin Mohd Sarbini di sini hari ini.
 
Menurut Tn. Hj. Mohd Sabirin memorandum akan diperhalusi bagi tindakan selanjutnya dan beliau juga menzahirkan terima kasih atas sokongan mereka kepada MAIS, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor atas segala usaha yang dilaksanakan.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search