MESYUARAT MAIS BIL.1/2026: Pemerkasaan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Selangor
MESYUARAT MAIS BIL.1/2026: Pemerkasaan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Selangor
SHAH ALAM, 20 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Mesyuarat MAIS bilangan yang pertama bagi tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
Â
Seramai 20 orang Anggota MAIS hadir mesyuarat kali ini yang membincangkan pelbagai hal ehwal agama Islam di Selangor.
Â
Agenda pemerkasaan hal ehwal Islam di Negeri Selangor terus menjadi teras utama MAIS untuk mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.
Â
Antara Anggota MAIS yang hadir ialah YB Dato Salim Soib, Penasihat Undang-undang Negeri, YB Datuk Hanif, Pegawai Kewangan Negeri; YAD Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir, Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan YB Dr. Mohamad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.
Â
Hadir sama dalam mesyuarat ialah pengurusan tertinggi MAIS.
Â












