MAJLIS AMANAT PENGERUSI MAIS BERSAMA AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH AGENSI SERTA ANAK SYARIKAT
MAJLIS AMANAT PENGERUSI MAIS BERSAMA AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH AGENSI SERTA ANAK SYARIKAT
SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Majlis Amanat Pengerusi MAIS bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Agensi serta Anak Syarikat MAIS di sini hari ini.
Majlis amanat tersebut telah disampaikan oleh Yang Amat Dihormati (YAD) Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
Menurut beliau, majlis ini diadakan bagi menyampaikan penetapan hala tuju strategik MAIS bagi tempoh 2026 hingga 2030, di samping memperjelaskan peranan MAIS sebagai badan dasar dalam pentadbiran Islam di Selangor dengan sokongan padu daripada agensi dan anak syarikat.
Dalam majlis amanat tersebut turut diadakan sesi dialog di antara Pengerusi MAIS bersama dengan Pengerusi Agensi dan Anak Syarikat MAIS serta Majlis Penandatanganan Resolusi Sesi Dialog pada hari ini.
Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS); Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Dato’ Mohd Khay Ibrahim, Pengerusi Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd.
Hadir sama ialah Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor; Dato’ Baktiar Hussin, Pengerusi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.; barisan Anggota MAIS; Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Agensi dan Anak Syarikat MAIS.














