137 PESERTA SERTAI SEMINAR LELAKI QAWWAM
137 PESERTA SERTAI SEMINAR LELAKI QAWWAM
SELAYANG, 25 Januari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan al-Riqab menganjurkan Seminar Lelaki Qawwam 2026: Mencintai & Mencontohi Qudwah Rasulullah SAW dengan kerjasama Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.
Â
Seramai 137 orang peserta mengikuti seminar ini yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada bekas ahli Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) berkaitan tanggungjawab dalam rumah tangga dan mencintai serta mencontohi Qudwah Rasulullah SAW.
Â
Seminar ini juga bertujuan memberikan kesedaran tentang tanggungjawab suami dalam rumah tangga.
Â
Seminar satu hari ini dimulakan dengan perkongsian oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor yang bertajuk Tanggungjawab Suami: ‘Nafkah, Didikan dan Kasih Sayang’.
Â
Sesi seminar diteruskan dengan diskusi ‘Mencintai dan Mencontohi Qudwah Rasulullah SAW’. Diskusi ini menampilkan dua orang panel iaitu Profesor Madya Dr. Ahmad Najaa’ bin Mokhtar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Dr. Ahmad A’toa’ bin Mokhtar, Universiti Islam Selangor (UIS) dan dikendalikan oleh moderator, Ustaz Zulkhairi bin Jaid, Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Hulu Selangor.
Â
Turut diadakan penyampaian simbolik agihan fidyah MAIS kepada peserta seminar pada hari ini.
Seminar diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ustazah Suriati binti Shahadan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-Undang Keluarga, JAIS dan perasmian program telah disempurnakan oleh Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
Â














