KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MAIS KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

629950876 1286413853403811 1382898070047408637 n
PUTRAJAYA, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini, hari ini.
 
Kehadiran YAD Senator Dato’ Setia disambut mesra oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hassan, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Kunjungan hormat ini adalah perbincangan tentang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara MAIS dan Kerajaan Persekutuan terutama aspek pengawalan ajaran sesat, Pembangunan dan pengimarahan masjid serta berkaitan dengan Pendidikan Islam.
 
Semoga hubugan baik ini dapat membantu dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor.
 
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS dan Encik Abdul Ghaffar Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search