SETIAUSAHA MAIS PENUHI JEMPUTAN SEBAGAI PANEL PERSIDANGAN EKONOMI HALAL ANTARABANGSA (IHEC) 2026
SETIAUSAHA MAIS PENUHI JEMPUTAN SEBAGAI PANEL PERSIDANGAN EKONOMI HALAL ANTARABANGSA (IHEC) 2026
SHAH ALAM, 9 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari
Unit Audit Dalam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Encik Ahmad Yahya Mohd Haniff, Pengurus Unit Audit Dalam MAIWP bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan sumber am baitulmal dan saringan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.
Â
Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MAIWP dan seterusnya mempengerusikan lawatan hari ini.
Â
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama terutama dalam pelaksanaan pengurusan baitulmal di MAIWP,”katanya.
Â
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal berkongsi maklumat berkaitan pengurusan sumber am baitulmal MAIS kepada delegasi MAIWP.
Â
Dr Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi & Pembangunan Sosial turut dijemput bagi berkongsi maklumat berkaitan pengurusan saringan PIBK yang berdaftar di bawah MAIS.
Â
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan MAIWP.
Â
Hadir sama ialah Puan Rohana Hassan, Ketua Audit Dalam MAIS; Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan Puan Norhafizah Othman, Ketua Bahagian Perancangan Strategik MAIS.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â














