KUNJUNGAN BAITUL ISLAH MAIS KE PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR- Erat Jalinan Kerjasama

KUNJUNGAN BAITUL ISLAH MAIS KE PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR- Erat Jalinan Kerjasama

634041942 1292414636137066 3281155962539703802 n
HULU SELANGOR, 13 Feb — Pusat Pemulihan Baitul Islah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Hulu Selangor bagi memperkukuh hubungan strategik dan membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.
 
Kunjungan tersebut bertujuan meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan sosial, penyelarasan program intervensi serta sokongan pentadbiran yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
 
Delegasi MAIS diketuai oleh Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah, Encik Muhammad Zulhusni Abdul Rashid, bersama Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Puan Mazlina Osman, serta lima orang pegawai pengiring.
Manakala, Pejabat Daerah Hulu Selangor diwakili oleh Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Yuhanas Auree Kamaruddin, bersama beberapa pegawai kanan.
 
Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan menyeluruh berhubung pelaksanaan program-program intervensi masyarakat, pengukuhan jaringan sokongan serta usaha mempertingkat kesejahteraan komuniti di daerah berkenaan.
 
MAIS merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Hulu Selangor atas kesudian menerima kunjungan serta komitmen untuk meneroka kerjasama.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search