PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI DAN MUALLAF MASYARAKAT ORANG ASLI PULAU CAREY
PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI DAN MUALLAF MASYARAKAT ORANG ASLI PULAU CAREY
BANTING, 14 Februari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK mengadakan Program Turun Padang yang diadakan di Kampung Sungai Kurau, Pulau Carey, Banting pada hari ini bertujuan membantu menyelesaikan isu orang asli berkaitan hal ehwal Islam.
Â
Ucapan alu-aluan program telah disampaikan oleh Ustaz Hairul Anuar Samingan, Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat.
Â
Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Norlaili binti Mohamad, Timbalan Setiausaha Operasi (MAIS).
Â
Dalam ucapan perasmian, beliau berkata program seumpama ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penting kepada masyarakat orang asli, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara mereka dengan MAIS dan pelbagai agensi.
Â
“Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim antara MAIS dengan masyarakat orang asli,” ujarnya.
Â
Hasil dakwah yang berterusan oleh pihak MAIS, agensi agama dan pihak berkuasa serta Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) telah memberi impak yang besar kepada masyarakat orang Asli di negeri Selangor.
Â
Alhamdulillah hari ini seramai 4 orang asli Kg Sungai Kurau telah memeluk agama Islam, 2 orang muallaf perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan orang asli telah disyahadahkan oleh Pn Hjh Norlaili, Timbalan Setiausaha Operasi dan seorang muallaf lelaki telah disyahadahkan oleh Ustaz Hairul Anuar, Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat.
Â
Seramai 300 orang penduduk menyertai program ini dan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah mengemaskini Kad Perakuan Memeluk Agama Islam, mengemaskini kad pengenalan masyarakat orang asli, dan beberapa acara sukaneka bagi kanak-kanak seperti Kuiz Pengetahuan Fardhu Ain, Kuiz Pengetahuan Am, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Sukan e-Sport Mobile Legends, dan aktiviti Gotong-Royong.
Â
Program ini dianjurkan oleh MAIS dengan kerjasama Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Tetuan Aishah Kama & Sabri, Kolej Poly-Tech MARA (KUPTM), Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang, PERKIM Cawangan Kuala Langat.
Â
Turut hadir Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS.
Â














