PENGERUSI MAIS HADIRI MAJLIS SUMBANGAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ DI ISTANA ALAM SHAH

PENGERUSI MAIS HADIRI MAJLIS SUMBANGAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ DI ISTANA ALAM SHAH

641519457 1301830538528809 2226588863966736474 n
Klang 23 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin telah menghadiri Majlis Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan penyerahan sumbangan kepada 10 pelajar Tahfiz di Istana Alam Shah, di sini.
 
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Sumbangan yang disalurkan menerusi peruntukan Baitulmal MAIS berjumlah RM3,000 itu melibatkan 10 penerima, dengan setiap pelajar menerima RM300 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
 
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
 
Baginda turut diiringi oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah barisan anggota MAIS dan Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search