MAIS PERUNTUKKAN RM658,665.00 BANTU 12,470 ANAK-ANAK YATIM DI NEGERI SELANGOR
MAIS PERUNTUKKAN RM658,665.00 BANTU 12,470 ANAK-ANAK YATIM DI NEGERI SELANGOR
PETALING JAYA, 7 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sebanyak RM658,665.00 bertujuan bagi membantu dan menyantuni seramai 12,470 anak-anak yatim di negeri Selangor.
Â
Dana sumbangan disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Mazlan Mansur, Timbalan Pengerusi MAIS merangkap Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Â
Penyerahan sumbangan disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Anak Yatim bagi daerah Petaling di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.
Â
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyerahkan Sumbangan Hari Raya kepada 570 orang anak yatim daerah Petaling yang hadir dalam Majlis tersebut. Jumlah keseluruhan penerima anak yatim bagi daerah Petaling adalah seramai 2,424 orang dengan peruntukan sumbangan berjumlah RM363,600.00.
Â
Bantuan yang disalurkan oleh MAIS adalah melalui peruntukan sumbangan Baitulmal MAIS dan Tabung Amanah MAIS kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) yang merupakan anak syarikat MAIS selaku penyelaras kepada anak-anak yatim dan rumah pertubuhan anak yatim di Negeri Selangor.
Â
Seramai 12,470 anak-anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE bagi tahun 2026 menerima sumbangan hari raya berjumlah RM150.00 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan membabitkan peruntukan RM1,870,500.00.
Â
MAIS berharap agar sumbangan yang diberikan dapat membantu kebajikan anak-anak yatim terutamanya untuk menyambut hari raya.
Â
Penyampaian sumbangan hari raya YIDE bermula 19 Februari 2026 di Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Melaka dan berakhir di Daerah Hulu Selangor pada 8 Mac 2026.
Â












