MAJLIS PERASMIAN MASJID DARUL ULUM DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H
MAJLIS PERASMIAN MASJID DARUL ULUM DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H
SUNGAI BULOH, 6 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir Majlis Perasmian Masjid Darul Ulum dan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H bagi daerah Petaling.
Baginda yang diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Masjid Darul Ulum yang terletak di Matang Pagar, Sungai Buloh.
Masjid Darul Ulum seluas 1.2 ekar dan mampu menampung sehingga 1,500 jemaah ini telah siap dibina pada 9 Februari 2024 dengan kos sebanyak RM7 juta.
Majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari; Pengerusi MAIS, Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin; Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad menyaksikan sebanyak RM260,500 diagihkan kepada 521 asnaf yang terdiri daripada 147 orang fakir, orang miskin dan 102 muallaf.
DYMM Sultan Sharafuddin kemudian turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan Solat Sunat Tarawih bersama asnaf dan penduduk di sekitar daerah Petaling.
Kredit : Jabatan Agama Islam Selangor












