PENGERUSI MAIS HADIRI MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-EHSAN SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
PENGERUSI MAIS HADIRI MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-EHSAN SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
SHAH ALAM, 10 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin menghadiri Majlis Perasmian Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24 bersempena Program Ihya’ Ramadhan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di sini hari ini.
Pengerusi MAIS turut mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang telah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 510 penerima melibatkan 156 orang asnaf fakir, 300 orang asnaf miskin dan 54 orang asnaf muallaf. Kesemua mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM255,000.00.
Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Pada majlis yang sama, baginda juga turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada CIMB Islamic Bank Berhad berjumlah RM1.65 juta serta SIRIM Berhad sebanyak RM1.456 juta.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr Mohammad Fahmi Ngah, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi; YAD Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor; Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Anggota-Anggota MAIS dan Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.














