PENGERUSI MAIS HADIRI MAJLIS IHYA’ RAMADHAN DYMM SULTAN SELANGOR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H DI MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG

PENGERUSI MAIS HADIRI MAJLIS IHYA’ RAMADHAN DYMM SULTAN SELANGOR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H DI MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG

651147203 1313801573998372 1706575339776714496 n
SHAH ALAM – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin Saidin menghadiri Majlis Ihya’ Ramadhan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 10 Mac lepas.
 
Pengerusi MAIS turut mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang telah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 510 penerima melibatkan 100 orang asnaf fakir, 354 orang asnaf miskin dan 56 orang asnaf muallaf. Kesemua mereka menerima sumbangan RM500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM255,000.00.
 
Baginda turut berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 5 anak syarikat negeri dan badan korporat dengan jumlah terkumpul RM8.4 juta. Zakat perniagaan tersebut adalah daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM2,657,556), Sime Darby Property Berhad (RM2,000,000), Jakel Trading Sdn Bhd (RM1,525,786), Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM1,300,000), dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM1,000,000).
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Dr Mohammad Fahmi Ngah, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi; YAD Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Mufti Selangor; Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Anggota-Anggota MAIS dan Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan (MAIS).
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search