MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026: PENGIKTIRAFAN KEPADA KECEMERLANGAN TADBIR URUS KEWANGAN ISLAM DAN PENGURUSAN HARTA
MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026: PENGIKTIRAFAN KEPADA KECEMERLANGAN TADBIR URUS KEWANGAN ISLAM DAN PENGURUSAN HARTA
MAIS TERIMA ANUGERAH THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BESTBRANDS AWARDS 2026: PENGIKTIRAFAN KEPADA KECEMERLANGAN TADBIR URUS KEWANGAN ISLAM DAN PENGURUSAN HARTA
Â
KUALA LUMPUR— Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakar pencapaian bersejarah apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026 yang dianjurkan oleh The World Brands Foundation (TWBF) di sini pada 29 April 2026 malam tadi.
Â
Anugerah ini diterima oleh YBhg. Tn. Hj. Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, sebagai pengiktirafan terhadap peranan MAIS dalam menerajui ekosistem halal dalam Kewangan Islam serta kecemerlangan tadbir urus kewangan Islam (Baitulmal) dan pengurusan harta.
Â
Pengiktirafan terhadap MAIS ini bersesuaian dengan kedudukan MAIS sebagai pihak berkuasa utama selepas DYMM Sultan dalam hal ehwal pentadbiran Islam Negeri di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang berfungsi menggalak dan mendorong kemajuan dan kesejahteraan sosio ekonomi umat Islam dalam Negeri Selangor.
Â
Ketelusan dalam pengurusan Baitulmal dan dana hal ehwal Islam juga signifikan bagi MAIS mendapat pengiktirafan ini.
Â
Sebagai pemegang amanah zakat, baitulmal dan wakaf, MAIS membuktikan kredibilitinya melalui pematuhan tegar terhadap Piawaian Perakaunan Islam Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW). Kecekapan ini terbukti apabila MAIS berjaya mengekalkan Sijil Kewangan Bersih daripada Jabatan Audit Negara pada setiap tahun, sekali gus meningkatkan keyakinan awam terhadap pengurusan dana yang telus dan patuh Syariah.
Â
MAIS adalah Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta bermula dari penyediaan wasiat, hibah, sehinggalah urusan pembahagian dan tuntutan harta pusaka.
Â
Melalui Pelan Hala Tuju Ekonomi MAIS (HATEM) 2025-2030, MAIS telah merancang mengoptimumkan nilai aset Baitulmal demi kelestarian ekonomi ummah.
Â
Penggunaan teknologi digital seperti Sistem Wasiat Hibah (SISWA) dan e-faraid menjadi bukti kesediaan MAIS mendepani arus pemodenan pengurusan harta secara efektif.
Â
MAIS juga menekankan sinergi ekosistem Islam Selangor melalui Pelan Hala Tuju Islam Selangor (HATIS) 2025-2030 yang digubal bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi-agensi, serta rakan strategik. Kerjasama ini memastikan setiap rantaian perkhidmatan sosioekonomi umat Islam di Selangor dilaksanakan dengan integriti dan menghasilkan impak yang tinggi.
Â
Penganugerahan ini mengukuhkan lagi kedudukan MAIS sebagai pembuat dasar berkenaan hal ehwal pentadbiran Islam negeri, dan badan yang komited memastikan kelestarian ekosistem sosial dan ekonomi umat Islam.
Â
Turut hadir ialah Dr Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS; Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS dan barisan pengurusan Tertinggi MAIS.
Â












