PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
PROGRAM IBADAH KORBAN, ERATKAN UKHWAH MAIS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR, AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam.
Sempena Hari Raya Eidul Adha 1447H, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan ibadah korban bagi program tersebut.
Â
Program Ibadah Korban MAIS yang berlangsung pada hari ini, membabitkan Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan Anak Syarikat MAIS.
Â
Sebanyak 18 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf yang berhampiran dan warga kerja di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS).
Â
Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja di BSIS.
Â
Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor yang terlibat dalam program ini ialah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS).
Â
Tidak ketinggalan turut serta agensi dan anak syarikat MAIS iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS turut hadir memeriahkan majlis hari ini.
Â
Hadir sama Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS; Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor serta barisan Pengurusan Tertinggi MAIS.
Â














