KUNJUNGAN HORMAT MMU KE MAIS PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

KUNJUNGAN HORMAT MMU KE MAIS PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

758520420 18581635849064155 4644539910621644883 n
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Multimedia University (MMU) yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Prof. Dato’ Ts. Dr. Mazliham Mohd Su’ud.
 
Delegasi MMU disambut oleh Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, yang turut mempengerusikan sesi perbincangan pada 28 Julai.
 
Kunjungan bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara MAIS dan MMU melalui penerokaan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, teknologi, penyelidikan dan pembangunan modal insan, di samping berkongsi kepakaran serta idea bagi meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan umat Islam di Negeri Selangor.
 
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh peranan kedua-dua organisasi sebagai rakan strategik.
 
Turut hadir mewakili MMU ialah Prof. Ir. Dr. Zulfadzli bin Yusoff, Timbalan Presiden dan En. Omarruddin bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar. Hadir sama mewakili MAIS ialah En. Zaharuddin bin Salim, Pengarah Strategi Korporat; En. Rohaizul bin Mohd Kholil, Pengarah Pejabat Setiausaha; dan En. Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Daerah.
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search